Alhamdulillah, MasyaAllah, Allahu Akhbar..
Dah hampir sebulan aku start kerje di Menara TM. Tempat kerja ke 6 setakat ni. And yang pertama di Kuala Lumpur (walaupun hanya di pinggir KL). Sebelum ni hanya pernah bekerja di area Petaling Jaya dan Cyber Jaya.
Setiap pagi akan mula menaiki train LRT di stesen LRT Kelana Jaya, dan turun di stesen LRT Kerinchi. The first 2-3 days agak menyesakkan nafas sebab badan dah semakin gemuk. Kini alhamdulillah, dah okay sikit. So advantage pertama kerja di sini.. adanya sedikit riadah di pagi hari..
Lepas seminggu kat sini, baru aku tahu adanya aktiviti tazkirah sebelum zohor setiap hari di surau Menara TM. Alhamdulillah, aku dapat join untuk beberapa hari, tapi sebab minggu ni TM dapat cuti seminggu, so tak ada lah. So advantage kedua, dapatlah mendengar sedikit sebanyak nasihat dan masuk ke majlis ilmu setiap hari.
Ketiga, jarang sangat aku melihat orang sembahyang sendiri2 di sini. Kebanyakkannya akan sembahyang berjemaah. Walau mungkin dek kerana kesibukan dan tugas, tak dapat sembhayang ramai2 di permulaan masuk waktu especially Asar, tapi sepanjang waktu asar akan ada orang yang bersolat di surau yang terletak di tingat 18 dan 36.
Alhamdulillah.. MasyaAllah... Allahuakhbar.. Moga Allah mempermudahkan urusan kami, moga kami mendapat rezeki yang halal dan barakah.
0 comments:
Post a Comment